~ SeMuanya unTuk anDa ~

Friday, October 30, 2009

Kenali Bachok

Jajahan Bachok  terletak dibahagian timur negri Kelantan .Ia disempadani oleh laut China Selatan dibahagian timurnya, Jajahan Kota Bharu di utara dan Jajahan Pasir Puteh dibahgaian selatan. Letaknya lebih kurang 25 Km dari bandar Kota Bharu.Tanaman utama bagi Jajahan ini ialah  tembakau ,sayuran ,kelapa dan tanaman jangka pendek yang lain seperti tembikai,labu,keledek dan jagung. Keluasan kawasan pertanian adalah kira-kira  73,662 ha (Data  UPEN 2000)  .Penduduk  Jajahan  Bachok  berjumlah  111,040 (Banci tahun 2000) .Jajahan  Bachok meliputi kawasan seluas f 279 Km persegi.


Ok.. dh tau kat mane Bachok.....skrg jom kite tengok ape yg ada kat sane....






                                          Ada pantai yg x kurang cantiknya....






     yg ni namenya "Remis"....sedap kalo msk pedas...hehehe


 kat sini ada jugak perkampungan nelayan......nk rase naik bot jom la....


ni tmpat kalo korang nk bersantai smbil tgk pemandangan laut




Ok la stkat itu saje yang dapat aku nukilkan pasal tmpat aku ni.....kalo korang nk tau lebih lanjut lagi.... hah pegi la sendiri.......hehehe    Click Me~     Click Me~







Thursday, October 29, 2009

Halal...pilihanku

Umat Islam akhir zaman pernah juga digambarkan oleh Baginda Rasulullah saw bagaikan buih di laut... banyak tapi lemah. Macam-macam kelemahan yang perlu diatasi. Masalah kesatuan ummah, keruncingan akhlak dan akidah, masalah ekonomi dan sebagainya.


Isu halal dan haram semakin menjadi masalah kepada kita sedangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini...(tul ke)... Ada gak cakap-cakap "Alah, asalkan ada logo halal, kalau tak halal pun bukannya kita berdosa pun, agensi tu la tanggung dosa, nama pun dah ditanggung halal.Waduh waduh teruknya,sape yg ckp ni cpt2la betobat... "Kerana hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi ada menyebut "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang utama baginya".


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. 




Oleh itu,marilah kita sama-sama memilih dan menyokong produk halal demi kebaikan dan kesejahteraan bersama umat Islam...sampai bila kita nak pilih produk yang tak halal dan diragui status halalnya....tepuk dada tanya selera.... 











Anak petani




Hidupnya seorang petani....tiada siapa yang peduli.
Hidupnya seorang petani....rintihan hidup ditanggung sepi
Hidupnya seorang petani....hanya diri ini mengerti...


Dapat merasa bagaimana hidupnya seorang anak petani merupakan pengajaran bertuah buatku...Bermula seawal pukul 7.30 pg sehinggalah pukul 12.30 pm,begitulah rutin harianku pada waktu hujung minggu...Membantu kedua ibu bapaku.....bersama-sama memerah keringat membanting tulang untuk berjasa kepada tanah yang hanya sekangkang kera di halaman belakang rumah....Namun pada hari persekolahan biasa,aku tetap jua menghulur tenaga muda aku membantu mereka pada waktu petang sedangkan remaja lain sibuk dengan aktiviti mereka....ada yang bermain bola,ada yang duk melepak dan ada jugak yang duk meronda-ronda keliling kampung..........memang aku ada gak rasa nak join dengan dioarang tapi memikirkan tanggungjawb aku sebagai anak...terpaksa la aku korbankan semua itu (walaupun ada gak sekali-sekala mintak MC nk g main bola).


Peritnya hidup petani apabila hasil tanaman tidak menjadi...namun itu tidak mematahkan semangat kami...tetap kami meneruskannya dengan tanaman lain...hasil tanaman yang diperoleh akan dijual kepada peraih sayur  utk dipasarkan kat pekan....dan hasilnya dapatlah menampung perbelanjaan sekolah dan keperluan harian lain.


Inilah rentetan perjalanan hidup yang aku lalui sebagai seorang anak petani...Namun segala penat lelah aku dan kedua ibu bapaku terubat jua...tibanya result peperiksaan SPM...keputusannya telah membuatkan ibuku menangis gembira...ayahku mengucapkan tahniah...dan kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang dkt telinga aku...


     Dan akhirnya sewaktu minum petang...tetiba abg posmen dtg membawa satu sampul yang mana bila aku buka,tertera perkataan...Anda telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke IPT...Gembira dan syukur dalam hati,hanya Allah saja yang tahu...waktu yang ditunggu telah tiba....saat aku menjejak kaki ke menara gading...dan saat juga aku meninggalkan ibu bapaku dan adik-adik yang lain di kampung halaman....Namun itu menambahkan lagi semangatku untuk terus berjuang mengubah nasib kami sekeluarga....

Monday, October 12, 2009

Nasib anak kecil


Dipetik dari sumber Bernama :

 “Sebelum masuk ke pekarangan masjid lama dikenali Musollah Al-Abrar di taman ini untuk memeriksa struktur bumbungnya kira-kira jam 9 pagi, hati saya berdebar.

“Rupanya debaran itu bersebab kerana sebaik membuka pintu pagar, saya terkejut melihat satu bungkusan beralas tilam nipis di depan pintu masjid,” kata Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Taman Keladi di sini, Zulkifli Said.

Zulkifli, 56, orang pertama menemui mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan diletak di kawasan masjid berkenaan, pagi semalam.
Masjid lama itu hanya berfungsi sebagai sekolah bagi 350 murid Kafa pada setiap Ahad, Isnin dan Selasa.

Zulkifkli yang mengendalikan kelas Kafa itu sejak beberapa tahun lalu berkata, dia ke masjid itu untuk membuat persiapan mesyuarat guru Kafa yang sepatutnya berlangsung petang semalam, selain memeriksa bumbung yang bocor

Menurutnya, ketika melihat bungkusan itu dia mengesyaki sesuatu dengan hatinya kuat menyatakan ada bayi di dalamnya.

Bagaimanapun, dia tidak bertindak sendirian sebaliknya menghubungi polis dan apabila dua anggota polis tiba beberapa minit kemudian baru dia berani mendekati dan mengesahkan tekaannya.

“Saya dan dua anggota polis berkenaan memeriksa bayi itu, tetapi sebak sebaik mendapati bayi berkenaan tidak memberi reaksi.

“Selepas diamati, bayi secomel itu sudah meninggal dunia dengan bibirnya kebiru-biruan,” katanya.

Zulkifli berkata, yang menghairankan bayi itu itu kelihatan sudah dimandikan dan dibalut dengan kain lampin serta dilapik tuala.
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum itu.

“Wajahnya yang comel dengan fizikal sempurna seakan-akan tersenyum, benar-benar meruntun jiwa saya.

“Dua anggota polis berkenaan turut menitiskan air mata melihat realiti di depan mata,” katanya.

Zulkifli berkata, dia percaya bayi itu diletak di kawasan masjid berkenaan seawal jam 5 pagi bagi mengelak disedari orang ramai khususnya penghuni rumah berdekatan.

Mayat bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau kematian bayi.


p/s:   Apa nk jd dgn dunia skrg,,,bgitu kejam skali...sggup seorg ibu memperlakukan anaknye sedemikian rupa...dimana sifat kemanusian...dimana perasaan naluri keibuan...anak kecil yg x b'dosa...yg bru nk mengenal alam dunia merintih sayu kesejukan dan akhirnya terkulai keseorangan....Wahai pelaku zina....cukuplah...cukuplah dgn apa yg terjadi...insaflah....smpai bila lg kamu nk menanggung dosa yg x terpikul......azb dunia dan akhirat menantimu....balik lah ke pangkal jalan.....ruang utk mu cukup luas sebelum rumah kata pergi kubur kata ha siapla ko....

Thursday, October 8, 2009

Hukum Merokok


    
 Pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623 -1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

       Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.


Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-


1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah



Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)


Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )



Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )


     Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.


     Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

     Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )


2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)

   Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

    Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.


      Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-


a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.


b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.


Zaharuddin Abd Rahman

Sunday, October 4, 2009

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)


(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive


They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right


But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Friday, October 2, 2009

Namamu....Wanita

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah Memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua…

Utkmu Wanitaku......

Thursday, October 1, 2009

Senang bukan syarat tenang




Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang,bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak"confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah.
Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati. Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita
selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya? Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang.
Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku". Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi baik
Related Posts with Thumbnails