~ SeMuanya unTuk anDa ~

Monday, October 12, 2009

Nasib anak kecil


Dipetik dari sumber Bernama :

 “Sebelum masuk ke pekarangan masjid lama dikenali Musollah Al-Abrar di taman ini untuk memeriksa struktur bumbungnya kira-kira jam 9 pagi, hati saya berdebar.

“Rupanya debaran itu bersebab kerana sebaik membuka pintu pagar, saya terkejut melihat satu bungkusan beralas tilam nipis di depan pintu masjid,” kata Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Taman Keladi di sini, Zulkifli Said.

Zulkifli, 56, orang pertama menemui mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan diletak di kawasan masjid berkenaan, pagi semalam.
Masjid lama itu hanya berfungsi sebagai sekolah bagi 350 murid Kafa pada setiap Ahad, Isnin dan Selasa.

Zulkifkli yang mengendalikan kelas Kafa itu sejak beberapa tahun lalu berkata, dia ke masjid itu untuk membuat persiapan mesyuarat guru Kafa yang sepatutnya berlangsung petang semalam, selain memeriksa bumbung yang bocor

Menurutnya, ketika melihat bungkusan itu dia mengesyaki sesuatu dengan hatinya kuat menyatakan ada bayi di dalamnya.

Bagaimanapun, dia tidak bertindak sendirian sebaliknya menghubungi polis dan apabila dua anggota polis tiba beberapa minit kemudian baru dia berani mendekati dan mengesahkan tekaannya.

“Saya dan dua anggota polis berkenaan memeriksa bayi itu, tetapi sebak sebaik mendapati bayi berkenaan tidak memberi reaksi.

“Selepas diamati, bayi secomel itu sudah meninggal dunia dengan bibirnya kebiru-biruan,” katanya.

Zulkifli berkata, yang menghairankan bayi itu itu kelihatan sudah dimandikan dan dibalut dengan kain lampin serta dilapik tuala.
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum itu.

“Wajahnya yang comel dengan fizikal sempurna seakan-akan tersenyum, benar-benar meruntun jiwa saya.

“Dua anggota polis berkenaan turut menitiskan air mata melihat realiti di depan mata,” katanya.

Zulkifli berkata, dia percaya bayi itu diletak di kawasan masjid berkenaan seawal jam 5 pagi bagi mengelak disedari orang ramai khususnya penghuni rumah berdekatan.

Mayat bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau kematian bayi.


p/s:   Apa nk jd dgn dunia skrg,,,bgitu kejam skali...sggup seorg ibu memperlakukan anaknye sedemikian rupa...dimana sifat kemanusian...dimana perasaan naluri keibuan...anak kecil yg x b'dosa...yg bru nk mengenal alam dunia merintih sayu kesejukan dan akhirnya terkulai keseorangan....Wahai pelaku zina....cukuplah...cukuplah dgn apa yg terjadi...insaflah....smpai bila lg kamu nk menanggung dosa yg x terpikul......azb dunia dan akhirat menantimu....balik lah ke pangkal jalan.....ruang utk mu cukup luas sebelum rumah kata pergi kubur kata ha siapla ko....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails