~ SeMuanya unTuk anDa ~

Wednesday, November 18, 2009

Racun paling MANIS..???

MENURUT laporan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada tahun 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis. Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah ini meningkat sebanyak 650,000 orang dan angka ini dijangka terus bertambah bagi tahun 2009.




Diabetes atau kencing manis merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan ramai pesakit diabetes hanya menyedari mereka menghidap penyakit itu apabila timbul komplikasi.
Sebenarnya diabetis ialah satu penyakit yang boleh dielakkan, melainkan ia berpunca daripada genetik, tetapi gaya hidup di zaman moden ini menyebabkan penyakit itu semakin senang dihidapi.


Kandungan tinggi gula dalam darah
Menurut pakar endokrinologi serta juga pakar nutrisi/pemakanan, Dr. S. Menon, diabetes terjadi bukan dalam sekelip mata tetapi hanya muncul dalam jangka masa yang agak panjang setelah pesakit mempunyai kandungan gula di dalam darah yang tinggi secara berterusan.
Ini akibat pengambilan makanan yang mengandungi gula tanpa kawalan, diet yang tidak seimbang serta juga amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan aktiviti fizikal.
"Diabetes ibarat pembunuh yang bersembunyi, dan akan muncul apabila suasana sudah menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun diabetis bukan hanya bergantung kepada faktor nutrisi sahaja tetapi juga genetik.


Simtom atau tanda-tanda paras gula tinggi dalam darah
Tanda-tanda penyakit kecing manis ialah kerap bangun di waktu malam untuk kencing, cepat dan selalu berasa haus, cepat lapar, cepat letih dan hilang berat badan. 


Pradiabetes
Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi  daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l).


Paras ini mengisyaratkan bahawa terdapat risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.


Komplikasi kencing manis
Gula yang terlalu tinggi dalam darah akan menyebabkan banyak komplikasi yang melibatkan banyak organ dalam tubuh. Salur darah terdapat di mana-mana dan paras gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan kerosakan pada salur darah seterusnya menyebabkan kerosakan pada organ.



Kencing manis yang tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting terutamanya mata (boleh menyebabkan buta), buah pinggang serta urat saraf. Kaki dan tangan akan menjadi kebas dan luka-luka pada tubuh badan sukar untuk pulih. Luka-luka yang tidak pulih ini akan merebak dan menyebabkan bahagian yang mati itu terpaksa dipotong.

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi menyebabkan pesakit terpaksa menjalani dialisis untuk membersihkan racun dalam tubuh badan. Meskipun, ia membersihkan racun dalam badan, teknologi tersebut tentunya tidak dapat menapis sebagus buah pinggang ciptaan Allah swt.

Selain itu, pesakit kencing manis mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung yang boleh menyebabkan jantung rosak atau kematian secara tiba-tiba
.



Makanlah makanan-makanan yang menyihatkan
Kunci bagi diet yang sihat ialah memakan banyak buah-buahan segar yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari. Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih banyak makanan pelbagai warna dalam pinggan anda maka lebih baik untuk anda. Kurangkan nasi dan makanlah nasi beras perang daripada nasi beras putih pada bila- bila masa yang boleh. Pilih roti bijirin penuh daripada roti putih.


  Apabila anda berasa ragu, ingat bahawa warna perang adalah yang terbaik manakala yang putih itu tidak begitu baik sama ada ia gandum, roti, ataupun roti gulung dan jenis-jenis makanan lain yang dibakar.

Senaman secara kerap
Kajian Program Pencegahan Diabetes yang telah disiapkan baru-baru ini oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) secara muktamad telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pradiabetes boleh mencegah perkembangan diabetes jenis 2 dengan meningkatkan tahap kegiatan fizikal mereka. Bahkan mereka mungkin dapat mengembalikan paras glukosa darah mereka ke julat yang normal semula.


Suplemen nutrisi yang bermanfaat untuk penghidap pradiabetes dan diabetes

Formula multivitamin dan mineral yang berpotensi tinggi merupakan suatu keperluan mutlak bagi mereka yang mempunyai paras gula darah yang tinggi termasuk para pesakit diabetes, demi memenuhi keperluan mereka yang kian meningkat terhadap beberapa jenis nutrien.

Dengan membekalkan nutrien-nutrien penting kepada penghidap diabetes dan pradiabetes telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula mereka serta mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

Contoh-contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang lebih banyak daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, Vitamin E, Mangan, Vanadil Sulfat, Zink, Kromium dan Selenium.


















0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails