~ SeMuanya unTuk anDa ~

Monday, November 30, 2009

Ahh....Peduli apa!!!

Salam satu Islam.....(hehe... dah ramai skrg ni duk ucap salam satu Malaysia,jadi aku nk buat perubahan cKit..boleh kan)...ok...

Sejauh manakah korang berusaha untuk menegur jiran-jiran korang yang mungkin telah tersasar jauh dari landasan agama? Atau yang lebih dekat lagi ialah dengan adik beradik dan saudara mara korang sendiri...hem camne??? Ahh...peduli apa!!!...pernah terkeluar tak dari mulut korang...Tepuk dada,Tanya iman...


Sejauh mane hubungan kita dengan adik-beradik kita,saudara mara dan hubungan kita dengan jiran-jiran serta masyarakat sekeliling....ada tak korang amik kisah pasal hidup mereka atau sekadar pandang sebelah mata(tak peduli)...sekurang2nya kita kena jugak jaga tepi kain orang lain tapi secara hikmah dan bijak la....


Gejala tak kisah atau mat Saleh kata ‘Nevermind’ ni...mungkin kita boleh anggap sebagai virus yang bahaya dan  semakin menular dikalangan umat islam masa kini. Virus ini seharusnya dihentikan penyebarannya dengan menggunakan antivirus the latest version oleh pakar-pakar yang bernama umat islam itu sendiri. Jika pemikiran spesis bervirus begini tidak dihapuskan dari program minda umat islam,ia mungkin akan menghapuskan sensitiviti umat islam itu sendiri terhadap sesama muslim. Lalu akan lahirlah umat islam yang tak kisah langsung tentang masalah masyarakat sekeliling seperti sekarang ini...sampai jiran sebelah rumah pun tak tahu entah hidup ke mati,dapat makan ke atau sedang mengikat perut kebuluran...moga Allah memberi hidayah kepada diaorg ni....


Apabila dikatakan nevermind, kita seolah-olah tidak kisah akan apa yang mungkin terjadi kepada umat islam pada masa kini dan masa akan datang. Apa yang dapat kita lihat ialah,semakin berkurangnya umat islam yang mengamalkan amar maaruf nahi mungkar.
Apa yang dapat aku lihat atau mungkin lebih tepat aku dengar,isu ini bukannya baru berlaku dan perkara ini sudah lama bertapak di dalam diri orang2 Islam skrg....mereka mengaku mengamalkan Islam seperti Solat 5 waktu,puasa,tunaikan Haji  tapi hubungan dengan masyarakat diabaikan.....namun, jika kita berusaha untuk mengamalkan Islam sepenuhnya....alhamdulillah, kerana kitalah insan bertuah yang diberi kekuatan oleh Allah. 
Namun bagi yang belum pernah berusaha, perlu muhasabah diri. Bila lagi kita akan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini?


Kesimpulannya...marilah kita berusaha menjaga hubungan sesama  muslim dan bg mereka yg sudah menjalin ikatan ini....Alhamdulillah...teruskan usaha anda.....TAPI bg mereka yang BELUM...ayuh mulakan jalinan ikatan persaudaraan dengan bertegur sapa dan sentiasa senyum apabila berjumpa....Walhal kalau jiran korang non-muslim sekali pon...tunjuklah peribadi ISLAM yang ada pada kamu...semoga dia tertarik dengan Islam...betul tak....

Thursday, November 19, 2009

Damai ketenangan...


Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com




Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba
Berterbangan bebas
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi
keindahan ciptaan Ilahi




Lidah kelu ketika Berbicara..??

Pernahkah korang  tatkala sedang berbicara ataupun tengah duk cakap2 kat depan time tiba giliran kena presentation dengan semangat, tiba-tiba,lidah kelu dan otak pon blank? Tak tau ape yang nk dikata…? Hilang punca apa yang ingin dibicara…?


 Dan masalah ni sering jugak berjangkit kat aku...mase kena bentang kat depan tiba2 ada lampu isyarat merah...Fuh...terpakse la aku rujuk balik nota2....mmg kelam kabut...huhu
Sebenarnya ‘fenomena’ ini kadang-kadang berlaku juga kepada Pembicara Gemilang. Dan ia sudah pasti mengganggu kecemerlangan bicara kalian!

Jadi apa yang patut kita lakukan ye?....hemmm

1) Apabila blank,korang senyum terlebih dahulu… Kenapa? tp janganlah senyum tu sampai nampak gusi....biase je....supaya tampak yakin dan profesional. Dan yang paling penting, dengan senyuman di wajah tu, audiens tidak dapat mengesan bahawa korang sebenarnya hilang idea untuk berbicara.

2) Semasa senyum, tarik nafas dan relaks. Maksudnye, fizikal dan mental mesti relaks la. Ye, minda korang perlu relaks! Jangan gelabah dan nampakkan kegelabahan . Terima hakikat bahawa korang terlupa apa yang nak dicakapkan. Dan ingat, orang tak faham apa yang berlaku dalam minda dan hati korang, tetapi orang faham bahasa badan!

3) Selepas relaks, perhatikan slides atau nota yang korang bawa tu. Lihat semula apa yang telah korang bicarakan sebentar tadi. Kemudian dengan penuh ketenangan, ulang sedikit perkara yang telah dibicarakan dan olah perkara tersebut dengan ayat dan idea yang baru..... penstrukturan semula idea mesti dilakukan pada masa tersebut! cuba rancang ape yang nk dicakap tu tp jangan la keluar dari topik asal.....

4) Kemudian korang teruskan dengan huraian tentang topik yang korang duk bentangkan tu!

That’s all. It’s simple but it gonna help to save your life as a great communicator! Ingat, semua orang mengalami masalah ini. Cuma yang membezakan Pembicara Gemilang dan Pembicara Kecundang ialah bagaimana dia melihat dan mengendalikan masalah yang mendatang. It’s all about your mind!....selamat beramal......hehehe

Aurat anda....macam mane





Wednesday, November 18, 2009

BuaT WaniTa soLehaH...


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi  
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati



Kelajuan Maksimum

 Semua orang termimpi-mimpi nk pakai kereta paling laju....Kali ni entry yang aku nk bg  korang tengok adalah berkaitan pasal kereta dan ni bukan calang2 kereta kerana ia tersenarai antara kereta paling laju di dunia....nk tengok....??? Jom....}

 1SSC Ultimate Aero257 mph, 0-60 in 2.7 secs. Twin-Turbo V8 Engine with 1183 hp, base price is $654,400.



2. Bugatti Veyron253 mph, 0-60 in 2.5 secs. Aluminum, Narrow Angle W16 Engine with 1001 hp, base price is $1,700,000.    





3. Saleen S7 Twin-Turbo: 248 mph, 0-60 in 3.2 secs. Twin Turbo All Aluminum V8 Engine with 750 hp, base price is $555,000.



4. Koenigsegg ccx245 mph, 0-60 in 3.2 secs. 90 Degree V8 Engine 806 hp, base price is $545,568.

5. McLaren F1240 mph, 0-60 in 3.2 secs. BMW S70/2 60 Degree V12 Engine with 627 hp, base price is $970,000.



6. Ferrari Enzo217 mph, 0-60 in 3.4 secs. F140 Aluminum V12 Engine with 660 hp, base price is $670,000.



7. Jaguar XJ220217 mph, 0-60 in 3.8 secs. Twin Turbo V6 Engine with 542 hp, base price was $650,000.



8. Pagani Zonda F: 215 mph, 0-60 in 3.5 secs. Mercedes Benz M180 V12 Engine with 650 hp, base price is $667,321.



9. Lamborghini Murcielago LP640: 211 mph, 0-60 in 3.3 secs. V12 Engine with 640 hp, base price is $430,000.



10. Porsche Carrera GT205 mph, 0-60 in 3.9 secs. Aluminum, 68 Degree, Water Cooled V10 Engine with 612 hp, base price is $440,000.



11. Kancil GT : 202 mph,0-60 in 4.0 secs.Twin turbo V8 Engine with 540 hp,The great piece of art,nice cond,with abs,ebd,air bag. Base price $1000.

{....dalam banyak2 kereta kat atas tu salah satunya aku ada sebuah....aku x tau berapa kapasiti enjin kereta aku ni tp yang pasti ia tetap tersenarai antara kereta paling laju....hehehe...}







Anda STRESS...! ! !




Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

 Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

 Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

 Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



 Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


 Cintai diri sendiri

"
Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman






Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. 
Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.




Resdung

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.



Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Anda batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung.ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair.....?????






Penyakit Asma


Penyakit Asma merupakan penyakit kronik yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.


 Penyakit Asma paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai level pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kendaraan ataupun debu padang pasir.
Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walapun telah banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma masih belum disepakati oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.
Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asmamempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
Selain itu serangan penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis. Serangan penyakit asma juga boleh dialami oleh wanita semasa siklus menstruasi, tetapi hal ini sangat jarang berlaku.



Angka peningkatan penghidap penyakit asma selalu dikaitkan dengan adanya faktor risiko yang menmpengaruhi seseorang menderita penyakit asma, misalnya faktor keturunan. Jika seorang ibu atau ayah menghidap penyakit asma, maka kemungkinan besar adanya penderita asma dalam anggota keluarga tersebut.
Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :
  • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.
  • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
  • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
  • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap boleh memburukkan lagi keadaan.  Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.(dipetik dari klik4sihat.com)

Racun paling MANIS..???

MENURUT laporan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada tahun 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis. Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah ini meningkat sebanyak 650,000 orang dan angka ini dijangka terus bertambah bagi tahun 2009.




Diabetes atau kencing manis merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan ramai pesakit diabetes hanya menyedari mereka menghidap penyakit itu apabila timbul komplikasi.
Sebenarnya diabetis ialah satu penyakit yang boleh dielakkan, melainkan ia berpunca daripada genetik, tetapi gaya hidup di zaman moden ini menyebabkan penyakit itu semakin senang dihidapi.


Kandungan tinggi gula dalam darah
Menurut pakar endokrinologi serta juga pakar nutrisi/pemakanan, Dr. S. Menon, diabetes terjadi bukan dalam sekelip mata tetapi hanya muncul dalam jangka masa yang agak panjang setelah pesakit mempunyai kandungan gula di dalam darah yang tinggi secara berterusan.
Ini akibat pengambilan makanan yang mengandungi gula tanpa kawalan, diet yang tidak seimbang serta juga amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan aktiviti fizikal.
"Diabetes ibarat pembunuh yang bersembunyi, dan akan muncul apabila suasana sudah menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun diabetis bukan hanya bergantung kepada faktor nutrisi sahaja tetapi juga genetik.


Simtom atau tanda-tanda paras gula tinggi dalam darah
Tanda-tanda penyakit kecing manis ialah kerap bangun di waktu malam untuk kencing, cepat dan selalu berasa haus, cepat lapar, cepat letih dan hilang berat badan. 


Pradiabetes
Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi  daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l).


Paras ini mengisyaratkan bahawa terdapat risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.


Komplikasi kencing manis
Gula yang terlalu tinggi dalam darah akan menyebabkan banyak komplikasi yang melibatkan banyak organ dalam tubuh. Salur darah terdapat di mana-mana dan paras gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan kerosakan pada salur darah seterusnya menyebabkan kerosakan pada organ.



Kencing manis yang tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting terutamanya mata (boleh menyebabkan buta), buah pinggang serta urat saraf. Kaki dan tangan akan menjadi kebas dan luka-luka pada tubuh badan sukar untuk pulih. Luka-luka yang tidak pulih ini akan merebak dan menyebabkan bahagian yang mati itu terpaksa dipotong.

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi menyebabkan pesakit terpaksa menjalani dialisis untuk membersihkan racun dalam tubuh badan. Meskipun, ia membersihkan racun dalam badan, teknologi tersebut tentunya tidak dapat menapis sebagus buah pinggang ciptaan Allah swt.

Selain itu, pesakit kencing manis mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung yang boleh menyebabkan jantung rosak atau kematian secara tiba-tiba
.



Makanlah makanan-makanan yang menyihatkan
Kunci bagi diet yang sihat ialah memakan banyak buah-buahan segar yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari. Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih banyak makanan pelbagai warna dalam pinggan anda maka lebih baik untuk anda. Kurangkan nasi dan makanlah nasi beras perang daripada nasi beras putih pada bila- bila masa yang boleh. Pilih roti bijirin penuh daripada roti putih.


  Apabila anda berasa ragu, ingat bahawa warna perang adalah yang terbaik manakala yang putih itu tidak begitu baik sama ada ia gandum, roti, ataupun roti gulung dan jenis-jenis makanan lain yang dibakar.

Senaman secara kerap
Kajian Program Pencegahan Diabetes yang telah disiapkan baru-baru ini oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) secara muktamad telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pradiabetes boleh mencegah perkembangan diabetes jenis 2 dengan meningkatkan tahap kegiatan fizikal mereka. Bahkan mereka mungkin dapat mengembalikan paras glukosa darah mereka ke julat yang normal semula.


Suplemen nutrisi yang bermanfaat untuk penghidap pradiabetes dan diabetes

Formula multivitamin dan mineral yang berpotensi tinggi merupakan suatu keperluan mutlak bagi mereka yang mempunyai paras gula darah yang tinggi termasuk para pesakit diabetes, demi memenuhi keperluan mereka yang kian meningkat terhadap beberapa jenis nutrien.

Dengan membekalkan nutrien-nutrien penting kepada penghidap diabetes dan pradiabetes telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula mereka serta mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

Contoh-contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang lebih banyak daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, Vitamin E, Mangan, Vanadil Sulfat, Zink, Kromium dan Selenium.


















Thursday, November 5, 2009

Satu tragedi






Korang masih ingat lg x pasal tragedi rempuhan pesawat ke ats bangunan WTC.....dan disebaliknya 1 kebenaran telah terbongkar.....nak taw....


Cuba buat n tgk...
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY.
Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WTC tu..
3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlight kan Q33 NY tu.
kemudian tukar kepada font Wingdings.
Apa yang korang nampak?


Sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu)...
kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi...
dah cube dan mmg btol.............

Friday, October 30, 2009

Kenali Bachok

Jajahan Bachok  terletak dibahagian timur negri Kelantan .Ia disempadani oleh laut China Selatan dibahagian timurnya, Jajahan Kota Bharu di utara dan Jajahan Pasir Puteh dibahgaian selatan. Letaknya lebih kurang 25 Km dari bandar Kota Bharu.Tanaman utama bagi Jajahan ini ialah  tembakau ,sayuran ,kelapa dan tanaman jangka pendek yang lain seperti tembikai,labu,keledek dan jagung. Keluasan kawasan pertanian adalah kira-kira  73,662 ha (Data  UPEN 2000)  .Penduduk  Jajahan  Bachok  berjumlah  111,040 (Banci tahun 2000) .Jajahan  Bachok meliputi kawasan seluas f 279 Km persegi.


Ok.. dh tau kat mane Bachok.....skrg jom kite tengok ape yg ada kat sane....






                                          Ada pantai yg x kurang cantiknya....






     yg ni namenya "Remis"....sedap kalo msk pedas...hehehe


 kat sini ada jugak perkampungan nelayan......nk rase naik bot jom la....


ni tmpat kalo korang nk bersantai smbil tgk pemandangan laut




Ok la stkat itu saje yang dapat aku nukilkan pasal tmpat aku ni.....kalo korang nk tau lebih lanjut lagi.... hah pegi la sendiri.......hehehe    Click Me~     Click Me~







Thursday, October 29, 2009

Halal...pilihanku

Umat Islam akhir zaman pernah juga digambarkan oleh Baginda Rasulullah saw bagaikan buih di laut... banyak tapi lemah. Macam-macam kelemahan yang perlu diatasi. Masalah kesatuan ummah, keruncingan akhlak dan akidah, masalah ekonomi dan sebagainya.


Isu halal dan haram semakin menjadi masalah kepada kita sedangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini...(tul ke)... Ada gak cakap-cakap "Alah, asalkan ada logo halal, kalau tak halal pun bukannya kita berdosa pun, agensi tu la tanggung dosa, nama pun dah ditanggung halal.Waduh waduh teruknya,sape yg ckp ni cpt2la betobat... "Kerana hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi ada menyebut "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang utama baginya".


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. 




Oleh itu,marilah kita sama-sama memilih dan menyokong produk halal demi kebaikan dan kesejahteraan bersama umat Islam...sampai bila kita nak pilih produk yang tak halal dan diragui status halalnya....tepuk dada tanya selera.... 











Anak petani




Hidupnya seorang petani....tiada siapa yang peduli.
Hidupnya seorang petani....rintihan hidup ditanggung sepi
Hidupnya seorang petani....hanya diri ini mengerti...


Dapat merasa bagaimana hidupnya seorang anak petani merupakan pengajaran bertuah buatku...Bermula seawal pukul 7.30 pg sehinggalah pukul 12.30 pm,begitulah rutin harianku pada waktu hujung minggu...Membantu kedua ibu bapaku.....bersama-sama memerah keringat membanting tulang untuk berjasa kepada tanah yang hanya sekangkang kera di halaman belakang rumah....Namun pada hari persekolahan biasa,aku tetap jua menghulur tenaga muda aku membantu mereka pada waktu petang sedangkan remaja lain sibuk dengan aktiviti mereka....ada yang bermain bola,ada yang duk melepak dan ada jugak yang duk meronda-ronda keliling kampung..........memang aku ada gak rasa nak join dengan dioarang tapi memikirkan tanggungjawb aku sebagai anak...terpaksa la aku korbankan semua itu (walaupun ada gak sekali-sekala mintak MC nk g main bola).


Peritnya hidup petani apabila hasil tanaman tidak menjadi...namun itu tidak mematahkan semangat kami...tetap kami meneruskannya dengan tanaman lain...hasil tanaman yang diperoleh akan dijual kepada peraih sayur  utk dipasarkan kat pekan....dan hasilnya dapatlah menampung perbelanjaan sekolah dan keperluan harian lain.


Inilah rentetan perjalanan hidup yang aku lalui sebagai seorang anak petani...Namun segala penat lelah aku dan kedua ibu bapaku terubat jua...tibanya result peperiksaan SPM...keputusannya telah membuatkan ibuku menangis gembira...ayahku mengucapkan tahniah...dan kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang dkt telinga aku...


     Dan akhirnya sewaktu minum petang...tetiba abg posmen dtg membawa satu sampul yang mana bila aku buka,tertera perkataan...Anda telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke IPT...Gembira dan syukur dalam hati,hanya Allah saja yang tahu...waktu yang ditunggu telah tiba....saat aku menjejak kaki ke menara gading...dan saat juga aku meninggalkan ibu bapaku dan adik-adik yang lain di kampung halaman....Namun itu menambahkan lagi semangatku untuk terus berjuang mengubah nasib kami sekeluarga....

Monday, October 12, 2009

Nasib anak kecil


Dipetik dari sumber Bernama :

 “Sebelum masuk ke pekarangan masjid lama dikenali Musollah Al-Abrar di taman ini untuk memeriksa struktur bumbungnya kira-kira jam 9 pagi, hati saya berdebar.

“Rupanya debaran itu bersebab kerana sebaik membuka pintu pagar, saya terkejut melihat satu bungkusan beralas tilam nipis di depan pintu masjid,” kata Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Taman Keladi di sini, Zulkifli Said.

Zulkifli, 56, orang pertama menemui mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan diletak di kawasan masjid berkenaan, pagi semalam.
Masjid lama itu hanya berfungsi sebagai sekolah bagi 350 murid Kafa pada setiap Ahad, Isnin dan Selasa.

Zulkifkli yang mengendalikan kelas Kafa itu sejak beberapa tahun lalu berkata, dia ke masjid itu untuk membuat persiapan mesyuarat guru Kafa yang sepatutnya berlangsung petang semalam, selain memeriksa bumbung yang bocor

Menurutnya, ketika melihat bungkusan itu dia mengesyaki sesuatu dengan hatinya kuat menyatakan ada bayi di dalamnya.

Bagaimanapun, dia tidak bertindak sendirian sebaliknya menghubungi polis dan apabila dua anggota polis tiba beberapa minit kemudian baru dia berani mendekati dan mengesahkan tekaannya.

“Saya dan dua anggota polis berkenaan memeriksa bayi itu, tetapi sebak sebaik mendapati bayi berkenaan tidak memberi reaksi.

“Selepas diamati, bayi secomel itu sudah meninggal dunia dengan bibirnya kebiru-biruan,” katanya.

Zulkifli berkata, yang menghairankan bayi itu itu kelihatan sudah dimandikan dan dibalut dengan kain lampin serta dilapik tuala.
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum itu.

“Wajahnya yang comel dengan fizikal sempurna seakan-akan tersenyum, benar-benar meruntun jiwa saya.

“Dua anggota polis berkenaan turut menitiskan air mata melihat realiti di depan mata,” katanya.

Zulkifli berkata, dia percaya bayi itu diletak di kawasan masjid berkenaan seawal jam 5 pagi bagi mengelak disedari orang ramai khususnya penghuni rumah berdekatan.

Mayat bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau kematian bayi.


p/s:   Apa nk jd dgn dunia skrg,,,bgitu kejam skali...sggup seorg ibu memperlakukan anaknye sedemikian rupa...dimana sifat kemanusian...dimana perasaan naluri keibuan...anak kecil yg x b'dosa...yg bru nk mengenal alam dunia merintih sayu kesejukan dan akhirnya terkulai keseorangan....Wahai pelaku zina....cukuplah...cukuplah dgn apa yg terjadi...insaflah....smpai bila lg kamu nk menanggung dosa yg x terpikul......azb dunia dan akhirat menantimu....balik lah ke pangkal jalan.....ruang utk mu cukup luas sebelum rumah kata pergi kubur kata ha siapla ko....

Thursday, October 8, 2009

Hukum Merokok


    
 Pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623 -1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

       Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.


Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-


1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah



Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)


Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )



Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )


     Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.


     Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

     Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )


2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)

   Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

    Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.


      Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-


a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.


b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.


Zaharuddin Abd Rahman

Sunday, October 4, 2009

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)


(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive


They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right


But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Friday, October 2, 2009

Namamu....Wanita

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah Memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua…

Utkmu Wanitaku......

Thursday, October 1, 2009

Senang bukan syarat tenang




Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang,bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak"confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah.
Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati. Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita
selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya? Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang.
Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku". Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi baik
Related Posts with Thumbnails