~ SeMuanya unTuk anDa ~

Friday, December 31, 2010

Tahun baru??....cara Baru??



       Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. 


  Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

  Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

  Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

    Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

    Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah "Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan".(Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
  
Sekian

Tuesday, September 28, 2010

15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA DARIPADA ALLAH SWT


1.  Harta negara mengalir ke tangan orang-orang tertentu sahaja.

2. Amanah dijadikan wasilah untuk mendapat kepentingan tertentu.

3.  Zakat dijadikan sebagai hutang.

4.  Suami memperturuti kehendak isteri yang melampaui batas.

5.  Anak menderhaka kepada ibu bapanya.

6.  Anak yang derhaka kepada ibu bapa, tetapi berbaik-baik dengan kawan-kawan.

7.  Anak yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid berlaku pertengkaran dan perbalahan.

9.  Yang menjadi ketua dalam sesuatu kaum ialah yang terhina di kalangan mereka.

10. Orang yang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya.

11.Arak diminum di merata tempat.

12.Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13.Para artis disanjung.

14.Muzik banyak dimainkan.

15 Generasi hari ini banyak melaknat generasi terdahulu ( golongan sahabat, tabi’in )


  
 *Sebaik-baik orang yang menuntut ilmu adalah orang yang menuntutnya di dalam kekurangan.
(Imam al-Shafie)

Sunday, May 30, 2010

Gemuruh jiwa……

     
     Salam pertemuan…….dan salam satu Islam….alhamdulillah,dapat jugak aku menjenguk blog ni yg sudah sekian lama tak menumpahkan tinta-tinta yg mungkin sedikit sebanyak dpt memberi satu cetusan impian ( sama ada impian nak berubah,lebih bermotivasi atau ape saje)  kpd diri korang sume……ok..)
( Gemuruh jiwa,semangat membara,dari puncak ingin ke angkasa,berkalungkan bintang berkelipan, menyerlah jauh dari yang biasa.lirik lagu Gemuruh jiwa,faizal Tahir)
     Setiap orang mempunyai satu matlamat dan akan berusaha mencapainye…same ada matlamat nak kawin awal,dapat memperbaiki mutu kerjaya,nak kaya time muda atau pon mempertingkatkan amal ibadat….namun ape pon korang punyer matlamat….yang pasti jalannye mesti betul….tidak bertentangan dgn syariat agama dan dpt membahagiakan kedua orang tua kita….
    Perjalanan hidup tak selalu lancar sebagaimana yg korang rancang.Usaha menggapai impian tak selalu disertai dgn langit biru dan cerah.Malah perlu merentasi badai,keringat dan air mata…tringat satu pepatah Perancis,,   ”Semasa bawang dikupas lapis demi lapis,maka setiap lapis bawang yang dikupas merangsang kita mengeluarkan air mata…yakni perlu ado usaha dan kerja keras bagi memperoleh sesuatu yg lebih baik….
     Hidup ini adalah sebuah pilihan dan keputusan…ape yg korang putuskan hari ini adalah pelaburan yg memberi kesan pada masa depan korang….
     Jelas hidup ini adalah perjuangan tanpa akhirnya hingga kita mengadap Tuhan bagi mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kat dunia ni…perubahan hidup tak kan berlaku jika dilakukan sambil lewa.Kerja menyebarkan dakwah Islamiah akan berfungsi jika sikap tekun,berhemah dan Istiqamah digalas bersama…. 
     ( Pohon durian yang tinggi lagi besar memerlukan waktu bertahun-tahun lamanye menjadi kukuh dan berbuah dgn lebat…Malah ia perlu menahan pelbagai tentangan yg berat bagi mencapai usia dewasa hingga berbuah dan dapat bertahan dalam ape jenis cuaca sekali pon serta menghasikan buah setiap kali pada musimnya….namun jangan lah menjadi seperti pokok tauge…….dalam sehari sudah tumbuh dengan cepat dan dalam sehari pula ia kembali layu….waallahua’lam……)


Related Posts with Thumbnails