~ SeMuanya unTuk anDa ~

Saturday, January 22, 2011

Insyaallah....


Pernah satu ketika kita rasa diri resah
Hati tidak tenang dalam melakukan sebarang aktiviti harian
Walaupun disisi kita boleh dikatakan semua dah cukup
Makan minum harta tempat tinggal
Mahupun insan yang akrab dengan kita

Namun,ketahuilah bahawa ketenangan yang sebenar adalah datang dari
Jiwa dan kebergantungan hidupnya hanyalah untuk Allah
Hubungan dengan Allah haruslah dijaga

Kalau dulu diri seolah-olah berada dalam satu lorong
Jalannya gelap gelita
Setiap langkah diatur rapi namun pastinya akan tersungkur menyembah bumi
Rasa diri semakin tidak terdaya arah tuju hilang punca

Saat itu pohonlah hidayah daripada Allah
Agar hidup kembali menyuluh dengan sinar Nur keimanan
Ayuh...kembali semuanya kepada ISLAM...
Luaskan demensi pandangan kita terhadapnya
Pasti kelak diri menjadi insan yang paling tenang santun jiwanya...
INSYAALLAH....

Wednesday, January 5, 2011

TEKNOLOGI CAHAYA KUNANG-KUNANG




"Kecanggihan dan kehebatan teknologi cahaya pada kunang-kunang (kelip-kelip) masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini. Lampu yang dihasilkan oleh kunang-kunang amat efisyen dan optimum, iaitu 98% tenaga cahaya dan hanya 2% tenaga haba.

Sebaliknya lampu ciptaan manusia hanya mengeluarkan kira-kira 5% tenaga cahaya dan selebihnya  95% tenaga haba yang dibazirkan. Lampu pada kunang-kunang juga tidak menjadi panas sebaliknya tetap berkeadaan sejuk. 
 

Info tambahan :

Ø  Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Ø  Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik. 

Ø  Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.


Related Posts with Thumbnails