~ SeMuanya unTuk anDa ~

Wednesday, January 5, 2011

TEKNOLOGI CAHAYA KUNANG-KUNANG




"Kecanggihan dan kehebatan teknologi cahaya pada kunang-kunang (kelip-kelip) masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini. Lampu yang dihasilkan oleh kunang-kunang amat efisyen dan optimum, iaitu 98% tenaga cahaya dan hanya 2% tenaga haba.

Sebaliknya lampu ciptaan manusia hanya mengeluarkan kira-kira 5% tenaga cahaya dan selebihnya  95% tenaga haba yang dibazirkan. Lampu pada kunang-kunang juga tidak menjadi panas sebaliknya tetap berkeadaan sejuk. 
 

Info tambahan :

Ø  Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Ø  Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik. 

Ø  Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails