~ SeMuanya unTuk anDa ~

Saturday, December 17, 2011

cara berfikir Panglima Khalid al-walid



Salam pembuka bicara......ukirlah minda dengan ilmu banyakkan membaca bahan bermutu......alhamdulillah...coretan pada kali ini berkisar mengenai Panglima Khalid al-Walid...siapa tidak kenal beliau...seorang panglima angkatan tentera yang memiliki minda strategik apabila menggabungkan kekuatan dan keimanan serta sikap beliau yang tidak pernah kenal erti kalah ,ia menjadikan beliau Panglima Islam yang agung.

Antara isi ucapan Panglima Khalid al-Walid yang boleh kita ambil manfaat dalam kehidupan seharian kita ialah....


"Tanam rasa ikhlas di hatimu supaya jihadmu pada hari ini dilakukan kerana Allah."

"Hadapkanlah hati-hatimu kepada Allah semasa kamu beramal pada hari ini."

"Jangan bersikap sombong dan melampaui batas pada hari ini."



"Ingatlah....


APA YANG BERLAKU PADA HARI INI MENENTUKAN PERJALANAN MU PADA HARI ESOK"







Saturday, June 4, 2011

tips pasangan bahagia...


 assalamualaikum....kesempatan yang ada dikongsi bersama...andai pasangan teguh bahagia...onak dan badai harungi bersama...sedikit tips bagaimana membina rasa mesra bahagia dengan pasangan anda...khusus bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga...yang telah berumah tangga dan yang bakal berumah tangga kali ke-2..hehehe....~~~ 

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Saturday, April 23, 2011

15 SEBAB MENGAPA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL




1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa


Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga


Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S


Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.

4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji


Melalui produk Takaful Mesra, sumbangan dalam Takaful akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal


Pihak Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital


Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 2 hari 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah


Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan


Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat


Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat


Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai Pendapatan


Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful Nasional akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)

Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful (win-win situation)

13. Amal Jariah (Tabbaru'at)


Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia


Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat


Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.

Dengan menyertai pakej skim Takaful pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).

"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah: 240)

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…" (Hadis Riwayat Bukhari)

"SAMA BERLINDUNG, SAMA BERUNTUNG" dan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Saturday, January 22, 2011

Insyaallah....


Pernah satu ketika kita rasa diri resah
Hati tidak tenang dalam melakukan sebarang aktiviti harian
Walaupun disisi kita boleh dikatakan semua dah cukup
Makan minum harta tempat tinggal
Mahupun insan yang akrab dengan kita

Namun,ketahuilah bahawa ketenangan yang sebenar adalah datang dari
Jiwa dan kebergantungan hidupnya hanyalah untuk Allah
Hubungan dengan Allah haruslah dijaga

Kalau dulu diri seolah-olah berada dalam satu lorong
Jalannya gelap gelita
Setiap langkah diatur rapi namun pastinya akan tersungkur menyembah bumi
Rasa diri semakin tidak terdaya arah tuju hilang punca

Saat itu pohonlah hidayah daripada Allah
Agar hidup kembali menyuluh dengan sinar Nur keimanan
Ayuh...kembali semuanya kepada ISLAM...
Luaskan demensi pandangan kita terhadapnya
Pasti kelak diri menjadi insan yang paling tenang santun jiwanya...
INSYAALLAH....

Wednesday, January 5, 2011

TEKNOLOGI CAHAYA KUNANG-KUNANG




"Kecanggihan dan kehebatan teknologi cahaya pada kunang-kunang (kelip-kelip) masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini. Lampu yang dihasilkan oleh kunang-kunang amat efisyen dan optimum, iaitu 98% tenaga cahaya dan hanya 2% tenaga haba.

Sebaliknya lampu ciptaan manusia hanya mengeluarkan kira-kira 5% tenaga cahaya dan selebihnya  95% tenaga haba yang dibazirkan. Lampu pada kunang-kunang juga tidak menjadi panas sebaliknya tetap berkeadaan sejuk. 
 

Info tambahan :

Ø  Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Ø  Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik. 

Ø  Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.


Related Posts with Thumbnails