~ SeMuanya unTuk anDa ~

Wednesday, November 18, 2009

Resdung

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.



Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Anda batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung.ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair.....?????






Penyakit Asma


Penyakit Asma merupakan penyakit kronik yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.


 Penyakit Asma paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai level pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kendaraan ataupun debu padang pasir.
Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walapun telah banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma masih belum disepakati oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.
Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asmamempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
Selain itu serangan penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis. Serangan penyakit asma juga boleh dialami oleh wanita semasa siklus menstruasi, tetapi hal ini sangat jarang berlaku.



Angka peningkatan penghidap penyakit asma selalu dikaitkan dengan adanya faktor risiko yang menmpengaruhi seseorang menderita penyakit asma, misalnya faktor keturunan. Jika seorang ibu atau ayah menghidap penyakit asma, maka kemungkinan besar adanya penderita asma dalam anggota keluarga tersebut.
Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :
  • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.
  • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
  • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
  • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap boleh memburukkan lagi keadaan.  Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.(dipetik dari klik4sihat.com)
Related Posts with Thumbnails